“Sedih Tengok Suami Cerai Isteri Hamil Untuk Kahwin Lain”
Rumah tangga Da’i Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nur Ain yang sedang sarat hamil dengan talak satu menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.
Susulan itu ramai netizen mengecam tindakan pendakwah itu yang sanggup menceraikan isterinya ketika sedang hamil. Perkara itu turut mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan tersebut.
BACA: Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Depan Ebit Lew
Menurut Ebit Lew, semakin banyak kes dimana suami muda menceraikan isteri ketika sedang hamil semata-mata untuk berkahwin lain. Malah, Ebit Lew turut meminta membayangkan bagaimana rasanya jika kita diuji dengan perceraian ibu bapa.
Ebit Lew turut mengingatkan agar kita mencari niat awal mengapa kita berkahwin. Katanya, berkahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tetapi untuk tunaikan apa yang Allah kehendaki kerana nikah itu amanah Allah.
Jelasnya lagi, suami sebagai ketua keluarga sepatutnya membimbing isteri. Katanya lagi, wanita boleh menjadi seorang yang lembut dan sangat membahagiakan, namun boleh bertukar menjadi keras dan menyakitkan apabila dirinya diabaikan.
Ebit Lew turut berpesan kepada pada suami untuk memimpin keluarga kerana Allah sampai ke syurga serta selamatkan daripada api neraka. Pesannya lagi, wanita adalah tunjang utama keluarga dan Islam sangat menjaga hak wanita.
Mahluk tu kawen dgn janda anak 8.sebab nak jaga kebajikan dia. isteri pertama diceraikan. Besar pahala kan?
Sayang aku pendakwah mcm Ebiet Liew dan Firdaus Wong. Begitu juga Mufti Wp.
Mereka2 ni romantik dan sweet sgt kat isteri mereka dan org tua mereka.
Suka ayat tu ” nikah kerana Allah bukan sbb nk apa yg kita nk”. Ini tidak . Sikit2 nk halalkan awek etc. Tapi setakat halal, sex tu hnye sebahagian daripada rumahtngga. Kita kahwin utk bina masyarakat dan tunaikan perintah Allah. Byk tanggunjawabnya. Byk anak2 terbiar kerana org lelaki lupa sbb mereka bernikah. Pls note guys. Bkn aku nk salahkan laki100% tapi lelaki tu pemimpin kluarga.
Dia rasa BAHAGIA ceraikan buni dia ustaz… mcm tu punya org pun smol smol not die,big big trouble pipol
Usetad2 mggie 2 minit siap sepatutnya diharamkam di negara ni. Bikin malu Islam.
Nilah contoh ustaz berani… Tak macam geng2 PUtaik semua senyap bila member buat BERAK BERSEPAH… Hipokrit masing2 part retis laju pulak mengomen siap tulis surat bagai…. Geng taik munafik
Walaupun Ustaz Ebit ni mualaf tapi ketinggian ilmunya melangkaui ustaz celup daie ni.
ustaz mualaf lagi lemah lembut kata2 dan tingkah laku, ilmu yg tinggi, lebih bersimpati, dibandingkan dgn pu atau dai.kerana apa?? mereka dibesarkan dari kecil belajar agama islam dan alquran, dan kerana rasa diri lebih berilmu dan alim, mereka menjadi lebih sombong, sampai rasakan perkahwinan bak nabi Muhammad saw dan Khadijah..istighfarlah, kita hanya manusia biasa, tiada siapa yg akan sama level dgn nabi saw..malulah dgn Allah, Allah bagi akal tapi tak mampu berfikir secara rasional, asyik berserah je
MasyaAllah indahnya kata kata bosan dah.mana ada manusia yg boleh disamakan dengan Rasulullah. Allah sajalah yang bagi petunjuk dan hidayah kpd golongan ini.sebenarnya banyak golongan ini kt luar sana. Allah Taala bagi ujian kepada mereka berupa wanita wanita untuk melihat bagaimana akal mereka berfungsi. ternyata kecundang juga.
Ustaz ebit..tolongla brainwash sikit si parhan tu.
Melayu jela Ustadz yg lebih2 kalah org2 arab…nanti dah tua dia duduk sorang2 fikir dosa2 kebodohan dia dlm rumah org2 tua…lepas tu cerita dgn org anak2 tak kisah:/
bini aku ninja……awas!