fbpx

“Sedih Pun Tak Guna, Buat Terbaik Untuk Terus Hidup”

Meskipun kemelut rumah tangganya bersama isteri, Noor Nabila masih belum berkesudahan lagi, namun Sharnaaz Ahmad tidak hanya membiarkan dirinya berada dalam kesedihan. Melihatkan perkongsian foto di Instagram, Sharnaaz masih mampu mengukirkan senyuman.

Menjawab soalan netizen yang bertanyakan bagaimana Sharnaaz dilihat begitu kuat dan masih mampu tersenyum walaupun sedang melalui kisah duka dalam rumah tangga, pelakon itu berkata dia hanya mahu lakukan yang terbaik dalam hidupnya.

BACA: Rindukan Jebat, Sharnaaz Menumpang Kasih Anak Orang Lain

“Sedih pun tak guna. Baik buat terbaik untuk terus hidup dan bahagia dengan masa hadapan,” tulisnya.

Terdahulu, Sharnaaz menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila. Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.