fbpx

Sedih Lihat Nasib Keluarga Daif, Sajat Sediakan Rumah Baru

Sejak kebelakangan ini, usahawan kosmetik, Nur Sajat dilihat aktif menghulurkan bantuan makanan kepada keluarga susah dan mereka yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana COVID-19.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat berkata dia sedih dan sayu apabila mengunjungi sebuah ruamh yang begitu daif didiami keluarga susah. Malah, Sajat seakan tidak percaya ada keluarga tinggal di rumah seperti itu.

BACA: Sajat Dikecam Tayang Perut, Tak Hormat Bulan Ramadan

https://www.instagram.com/tv/CAXaNACH2rU/?utm_source=ig_embed

Berhasrat untuk berkongsi rezeki, Sajat berkata dia akan menyediakan tempat tinggal baru dengan kelengkapan rumah buat dua keluarga daif. Malah, Sajat berkata dia sanggup membayarkan sewa setiap bulan rumah tersebut.

“Dengan rezeki Sajat ada ini, Sajat akan mengambil rumah sewa yang lengkap dengan kelengkapan rumah buat 2 keluarga ini untuk membesarkan anak dengan selesa.

“Tak apa lah tiap tiap bulan biarlah Sajat bayar semua sewa rumah baru itu nanti. Tak sanggup Sajat melihat keadaan rumah usang yang macam ini. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat meminta orang ramai mendoakan agar dia dapat membantu lebih banyak keluarga susah diluar sana untuk meringankan beban mereka.