Pasti ramai tahu usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pernah kehilangan dua orang anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Ipoh, Perak.
Baru-baru ini, Vida dilihat ada memuat naik video mengenang pemergian dua arwah anaknya itu sekitar tujuh tahun lalu.
BACA: DSV Dikecam Jerit Sebelah Telinga Bayi
View this post on Instagram
Vida berkata pemergian kedua cahaya matanya itu merupakan kehilangan yang pernah paling sakit pernah dilaluinya.
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa sebak serta berkongsi rasa duka di atas kehilangan dua cahaya mata usahawa itu.
Namun, ada segelintir netizen sempat membandingkan bentuk bibir Vida pasa ketika itu yang dikatakan lebih cantik berbanding sekarang.