fbpx

DSV Dikecam Jerit Sebelah Telinga Bayi

Sebut saja nama Datuk Seri Vida sememangnya ramai tahu usahawan kosmetik itu sering terpalit dengan kontroversi dan adakalanya tindakannya menguncang kecaman ramai.

Baru-baru ini, Vida ada memuat naik video di Instagram memaparkan sedang mendukung seorang bayi ketika berjalan di sebuah pusat beli belah.

BACA: Muktamad! Anggap DSV Sebagai Kawan, Iqbal Zulkefli Nak Kenal Wanita Lain

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Terlalu teruja melihat dengan bayi berkenaan, Vida tidak dapat menahan rasa gembira apabila menjerit di sebelah telinga anak kecil itu ketika mendukung bayi tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Vida itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam usahawan itu kerana menyebabkan bayi tersebut menangis dengan kuat.

Di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mengatakan bayi itu masih kecil dan mungkin terkejut kerana mendengar suara atau bunyi yang kuat.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa kasihan pada bayi berknaan yang terkejut mendengar jeritan Vida sehingga menangis sedemikian.