fbpx

Ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sedia memaafkan anaknya itu diatas segala ketelanjuran perbuatannya.

Memetik Harian Metro, bagaimanapu Datin Patimah berkata dia tidak akan memafkan keluarga Ira Kazar yang meruntuhkan kebahagiaan menantunya.

BACA: “Runtuhkan Kebahagiaan Sebuah Keluarga? Tiada Maaf Bagi Mereka” – Ibu Syamsul Yusof

“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!” katanya.

 Menurut Datin Patimah lagi, dia reda apabila Syamsul lebih sebelahkan keluarga isteri keduanya, Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi.

Katanya lagi, kali terakhir Syamsul menghubunginya ketika memaklumkan mengenai pernikahannya dengan Ira.

“Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” katanya.

Sering memuat naik perkongsian yang dimuat naik di Insta Story, Datin Patimah berkata dia hanya menunjukkan perasaan geram terhadap Ira yang disifatkan perampas kebahagiaan keluarga orang lain.

“Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini,” katanya.