fbpx

Dua minggu lalu, hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mendedahkan ada individu menghantar mesej mendakwa suaminya, Syamsul Yusof sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Susulan dakwaan tersebut, ibu kepada pengarah tersebut Datin Fatimah Ismail tidak berdiam diri apabila memuat naik perkongsian bahawa perkahwinan anak dan menantunya itu mendapat restu sepenuhnya daripada keluarga.

BACA: Ibu Syamsul Yusof Sedih Lihat Menantu & Cucu-Cucu Ditinggalkan

Terbaru, Datin Fatimah dilihat ada memuat naik luahan perasaan menegaskan tiada kemafaan buat mereka yang cuba meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga.

Sementara itu, Datin Fatimah dilihat turut memuat naik gambar Syamsul dan Puteri Sarah bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam ketika masih kecil.

Beberapa hari lalu, Syamsul Yusof memberitahu akan menyelesaikan masalah kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah dalam masa terdekat ini.

Ujarnya, sudah tiba masanya dia merungkai apa yang berlaku di sebalik kemelut rumah tangganya yang menjadi bualan ramai hampir setengah tahun.