Sudah hampir dua tahun nama pelawak Ali Puteh sering menjadi bualan ramai susulan kemelut melanda dengan balu arwah abangnya, Siti Norhidayah.
Baru-baru ini, perkongsian Ali di Insta Story menjadi perhatian mengucapkan selamat hari lahir buat dirinya yang jatuh pada hari ini 30 Mac.
BACA: Ali Puteh Janji Selesai Hutang RM60,000 Hidayah Sebelum Aidilfitri
Menerusi entri itu, Ali turut meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk terus bernafas dan meningkat lagi usia pada hari ini.
Terdahulu, Ali memaklumkan pihaknya akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Norhidayah sebelum Hari Raya ini. Ali berkata dia akan membuat bayaran penuh seperti yang diminta selepas permohonan bayaran ansuran ditolak.