fbpx

Lama rasanya tak dengar cerita tentang penyanyi Najwa Latif. Umum mengetahui Najwa kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Meskipun tidak lagi muncul di kaca televisyen, namun Najwa atau lebih masa disapa Wawa masih aktif di media sosial demi peminatnya.

BACA: Najwa Latif Terima Tawaran Baru Sebagai Pensyarah

Baru-baru ini, Najwa menjawab persoalan peminat bilakah penyanyi itu akan menyertai pertandingan nyanyian seperti Gegar Vaganza serta membuat comeback.

Menurut Najwa, dia sedar bahawa suaranya biasa sahaja serta tidak mempunyai pakej lengkap seperti penyanyi-penyanyi lain serta menolak utnuk menyertai pertandingan menyanyi.

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besra untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan. Saya sedar suara average (biasa) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya.

Dalam pada itu, Najwa juga sedar akan rupa parasnya serta tidak bergaya dan tidak pandai bergaul dengan individu lain. Katanya lagi, dia lebih memilih untuk membuat hal sendiri daripada bertanding.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat. Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” katanya

Terdahulu, single pertamanya iaitu Cinta Muka Buku yang merupakan single pertamanya telah meledak sehingga ke pentas final Anugerah Juara Lagu 26 dimana ketika itu Najwa baru berusia 16 tahun.