fbpx

Sedar Diri Tiada Bakat, Fyza Kadir Berhenti Berlakon

Ikon fesyen jelita, Fyza Kadir berkata keputsannya untuk meninggalkan dunia lakonan adalah langkah yang tepat.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia menyedari langsung tidak mempunyai bakat namun penerbit Mejar (K) Datuk David Teo memberi kepercayaan kepadanya. Dedahnya, dia akan menangis kerana tidak dapat memberikan yang terbaik dalam sesuatu babak.

BACA: Gambar: Fyza Kadir Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

“Saya cuba sebab David puji saya ada rupa dan boleh ‘jua’ ketika itu saya fikir tak salah mencuba dan mula menyedari saya tiada bakat berlakon.

“Setiap kali menyelesaikan sesuatu babak saya mesti menangis. Ia sangat  sukar. Saya jadi sedih sebab tak mampu berikan yang terbaik. Jadi saya rasa cukup setakat itu tambahan pula saya ini pemalu dan suara pun tak keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Fyza berkata sejak awal lagi dia sudah memberitahu David bahawa dia tidak pandai berlakon namun lega dapat meninggalkan dunia lakonan.

“Ada orang beri nama saya kepada David dan beliau panggil saya datang ke pejabatnya tapi awal-awal lagi saya dah maklumkan yang saya memang tak pandai berlakon.

“Tapi sehari selepas pertemuan kami, saya daha dapat tawaran berlakon. Tak sangka pula sampai dapat tawaran back to back. Ketika itu saya fikir apa nak jadi dengan saya. Keputusan sudah dibuat jadi saya kena teruskan juga,” katanya.

Sementara itu, Fyza berkata keputusan dia untuk berhenti berlakon kerana untuk memberi fokus kepada rumah tangga selepas berkahiwn dengan Ahmad Feruz Zainal Abidin pada 2013.