fbpx

“Secara Jujurnya, Kami Memang Benci Perampas”

Rozita Che Wan memang dikenali sebagai seorang yang bersuara lantang dalam isu rumahtangga lebih lebih lagi yang melibatkan orang ketiga sehingga berlaku penceraian. Kemaskini terbaru beliau di Instagram mengesahkan perkara itu.

Intan Liana yang baru baru ini terpalit kontroversi kerana suaminya memilih seorang pelakon untuk dijadikan isteri kedua, telah hadir bertemu Rozita Che Wan — dan pastinya ada nasihat khas untuk Intan Liana.

“Secara jujurnya kami benci perampas. Caption secara general untuk hampa semua na. Jangan terasa. Untuk bonda Intan Liana, thanks sebab singgah booth kami di PWTC. Baik dan manis orangnya, lembut je”

“Kalau hampa berani berani dok rampas laki orang memang kami ketuk dengan tumit tinggi, kami hempas hampa dengan tumit kaki kami. Biadap, rasa nak qegau kepala tu”, tulis Rozita Che Wan melepas geram.

Elok juga sesekali selebriti berstatus popular seperti Rozita Che Wan bersuara begini, biar sedar perempuan diluar sana supaya tidak menggangu rumahtangga orang lain. (rtky/m)