fbpx

Sebelum Pulang Ke Kampung, Ini Perlu Ada Untuk Menyimpan Kenangan

Memandangkan musim cuti sekolah sudah bermula, tibalah masa untuk pulang ke kampung halaman.

Yalah mana tidaknya, apabila sudah lama tidak pulang ke kampung sesekali haruslah pulang untuk berjumpa dengan saudara mara.

Tapi sebelum pulang ke kampung halaman, anda harus ada ‘barangan’ ini untuk menyimpan segala kenangan anda di kampung bersama saudara mara yang sudah lama tidak berjumpa.

Yang pastinya barangan yang kami kongsikan ini hanya bermula dari RM 1,099 sahaja.

Nak tahu apa yang kami maksudkan? Semestinya Huawei Nova 3i yang akan merakam setiap detik anda bersama keluarga di kampung.

Dengan Huawei Nova 3i dilengkapi dengan skrin 6.3? IPS LCD FHD+ bertakuk, dijana pula dengan sistem pemproses Kirin 710 ternyata akan memberi anda satu kepuasan untuk merakam setiap detik kegembiraan anda.

Bila sudah lama tidak jumpa pasti banyak gambar yang akan diambil bukan? Yalah untuk dijadikan kenangan bila berjauhan.

Jangan risau, Huawei Nova 3i akan menyimpan semua kenangan anda dengan kekuatan memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128GB.

Masa inilah untuk anda tangkap sebanyak mana gambar yang anda mahu dengan menggunakan dwi-kamera hadapan 24MP + 2MP yang disokongan kamera AI, manakala kamera bahagian belakang 16MP + 2MP.

Dengan menggunakan kuasa kamera AI yang terdapat pada Huawei Nova 3i ini ia akan memberi fokus kepada objek yang berada pada jarak jauh.

Satu lagi ia juga akan bertindak sebagai wide lens agar gambar yang diambil itu lebih versatile.

Bukan itu sahaja, gambar keluarga anda akan lagi gempak apabila anda merakam detik indah dengan menggunakan lensa Huawei Nova 3i yang mengecam lebih dari 22 senario melalui kamera belakang.

Bukan itu sahaja, kamera bahagian hadapan pula boleh merakam dengan 8 senario termasuklah Blue Sky, Plant, Flower, Beach, Stage Performance, Night, Room dan Snow.

Huawei Nova 3i ini juga mempunyai aplikasi Super Slow Motion yang boleh merakam pergerakkan anda dalam bentuk super slow motion sebanyak 16 pergerakkan.

Anda juga boleh merakam gambar yang lebih baik dengan menggunakan 3D Qmoji yang super duper awesome!

Hebat bukan apabila anda pulang ke kampung dengan Huawei Nova 3i ini? Apabila sudah penat selfie dan swofoto, anda juga boleh bermain game bersama sepupu anda dengan telefon pintar ini kerana ianya turut dilengkapi dengan GPU Turbo.

Pastinya pengalaman bermain permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends juga lebih lancar dan mempunyai grafik yang menonjol dengan GPU Turbo ini.

Menariknya telefon pintar yang dilengkapi dengan sistem nyahkunci yang menggunakan wajah ini hadir dalam dua tona warna pada keluaran terbaharu mereka iaitu Putih, Ungu Iris, dan Hitam.

Ciptakan kelainan anda untuk pulang ke kampung dengan Huawei Nova 3i ini. Jangan lepaskan peluang yang super duper awesome ini. Bukan senang tahu nak pulang ke kampung dengan membawa ‘sesuatu’ yang bernilai.

Maklumat lanjut mengenai Huawei Nova 3i di sini.