“Sebelum Ni Belikan Mak Kereta, Allah Bagi Rezeki Menang Kereta”
Meskipun sudah beberapa hari berlalu, namun Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) yang berlangsung Jumaat lalu masih lagi hangat diperkatakan.
Dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 dengan memperoleh undian sebanyak lebih 22 juta, penyanyi Haqiem Rusli berjaya membawa pulang sebuah kereta baharu.
BACA: Haqiem Rusli Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33
Apa yang menjadi perhatian dan bualan hangat netizen adalah rezeki berganda buat Haqiem selepas dia menghadiahkan ibunya sebuah kereta baharu beberapa hari lalu dan digantikan semula dengan hadiah kereta daripada kemenangannya itu.
Dalam pada itu netizen berkata Haqiem sememangnya layak menang kerana apabila kita berbakti kepada ibu bapa pasti Allah akan kurniakan ganjaran yang setimpal.
Terdahulu, Haqiem berkata sebagai anak dia berusaha untuk mengembirakan ibu tersayang lebih-lebih lagi ibunya sudah lama menyuarakan hasrat untuk memiliki kereta idamannya itu iaitu Proton X70.
- SUMBER
- Hotfm
dolla tu ada pakai leather leggings uwu
Dolla dolla dolla. Legging legging legging. Org yg sama kan, asyik komen pasal legging dolla kat rotikaya. Ko x pernah tgk legging ke sebelum ni hann#t. X perlu nak promo artis tayang perut tayang peha gitu. Dah nak akhir zaman ada lg artis baru nak melayu islam buat style pakaian zmn 80an tu.
P/s maaf kasar sikit.
biasa laa sekarang ni budaya kpop diagungkan, orang yang cuba sampaikan dakwah/kebaikan dikecam
Patutlah dua tiga minggu lepas keluar cite psl dia, beli kete barulah, belikan mak ketelah… rupenye nak jadi alasan utk menang abp.. kalau yg pertikaikan, at least dia ade bukti lah cerita dia ade keluor..haha sedih oii…
abpbh dh x exclusif mcm dlu.. lebih kurg meletop jek skrg ni.. syok sendiri jek lebih.. ntah pape