fbpx

Bukan main lagi hadiah utama untuk yang gemar berkaraoke adalah boleh menang sebahagian daripada wang tunai RM10,000 tu, tak kan anda tak nak cuba kot? Ala pasal suara tu tolak tepi, mana tahu ini rezeki anda kan.

Yang gemar bernyanyi di toilet tu, masa inilah untuk anda asah bakat anda. Jangan tunggu lama-lama. Join sahaja pertandingan KiraOke Suria ini, rebut peluang untuk jadi penyanyi segera ni.


Nak rebut hadiah wang tunai ni tak susah pun. Anda hanya perlu muat naik video anda menyanyi selama satu minit di laman sosial Instagram anda berserta hashtag #KiraOkeSuria dan kapsyen ‘Saya rasa suara saya kira ok dan saya nak berentap di Jelajah Shah Alam atau Kuantan atau, Johor Bahru atau Alor Star.

Anda boleh pilih lokasi jelajah mana yang anda ingin tonjolkan bakat anda. Mudah kan? Hanya 10 peserta sahaja yang akan dipilih. Pemenang di setiap lokasi pilihan pula akan berentap di Grand Finale KiraOke pada 12 Oktober ini.

Semua ni adalah sebahagian daripada program Karisma Jelajah Suria yang bakal berlangsung pada 7 September ini di Central i-City, Shah Alam. Bukan sahaja ada aktiviti nyanyi seperti yang kami bagi tahu tadi. Banyak lagi aktiviti yang akan diadakan.

Memandangkan hujung minggu ini kita akan bercuti lama, boleh lah anda bawa satu keluarga pergi jelajah suria ni. Angkut sahaja anak-anak kecil anda tu, sebab aktiviti untuk mereka pun ada. Jadi tak lah mereka bosan asyik duduk di rumah sahaja hujung minggu ni.

Nah kami bagi anda layan antara aktiviti yang bakal diadakan di Karisma Jelajah Suria Shah Alam nanti.

1. Pertandingan Kuntum

Ha, seperti yang kami janjikan inilah aktivti untuk anak anda. Pertandingan mewarna Majalah Kuntum khas untuk anak anda yang berusia 6 sehingga 12 tahun. Tak kisah anak anda lelaki mahupun perempuan boleh sahaja join.

Tapi yang penting, anda haruslah bekalkan mereka bahan mewarna sendiri. Barulah senang anak anda nak mewarna.

Macam mana cara untuk sertai?

Oh, terlupa pula bagi tahu cara sertai pertandingan kuntum ini. Senang sahaja, anda hanya perlu mesej lokasi pilihan, nombor langganan, nama penuh, umur dan nombor telefon di Facebook rasmi Majalah Kuntum atau Suria FM

Senang kan? Dah tak perlu fikir banyak kali, cepat-cepat mesej atlest boleh lihat bakat terpendam anak anda dalam bidang mewarna ni.

2. Konsert Selebriti Pujaan Ramai

Wah, siapa ada konsert selebriti kesayangan anda lagi di Karisma Jelajah Suria ni. Antara selebriti yang bakal menghiburkan hati anda adalah Ruffedge, Syafiq Farhain, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Exists, Sufian Suhaimi, Shima, Tajul, Muna Shahira, Nominos Band, Zack Zakwan dan Tuah Azmi.

Memang havoc lah aktiviti hujung minggu anda kali ni. Boleh berhibur satu keluarga lagi.

3. Eh, Boleh Ramah Mesra Dengan Penyampai Radio Lah

Kalau sebelum ini, anda asyik dengar suara-suara penyampai radio Suria ni hanya dalam radio sahaja, kali ini anda boleh jumpa face to face. Confirm teruja punyalah.

Bukan senang nak jumpa penyampai radio yang selalu ceriakan hari anda tu. Boleh lah anda selfie-selfie dengan Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Suraya, Tyzo dan DJ Lin.

4. Hadiah-hadiah Menarik Yang Boleh Dibawa Pulang

Anda tak akan pulang dengan tangan kosong apabila anda terjah Karisma Jelajah Suria di Central i-City Shah Alam ni. Yalah mana taknya, anda akan diberi pelbagai hadiah-hadiah eksklusif Suria jika anda sertai aktiviti pentas yang akan bermula pada jam 11 pagi.

Bagi yang rasa segan silu nak naik pentas tu, buang duhulu perasaan tu, sebab hadiah hebat-hebat sedang menanti anda. Kalau malu melepas lah untuk anda bawa pulang hadiah daru Suria FM.

5. Hmm… Tak Sempat Pergi, Dah Ada Plan

Ala untuk anda yang dah plan percutian atau yang ada kenduri tu tak perlu lah nak bersedih sebab tak boleh pergi Karisma Jelajah Suria, anda boleh sahaja dengar secara langsung apa yang berlaku di Central i-City tu menerusi kesemua frekuensi Suria dan juga ‘live update’ media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Atlest boleh lah anda tengok perserta berentap di pertandingan KiraOke. Pastu pelbagai ragam yang akan buat anda terhibur. Tak percaya anda cuba tengok live update nanti.

Jelajah Suria Ni Memang Akan Ada Di Shah Alam Sahaja Ke? Di Tempat Kami Tak Ada Ke?

Ha sebelum kami terlupa, Karisma Jelajah Suria ni akan berada di banyak lokasi antaranya di Kuantan City Mall, Pahang pada 14 September 2019, Angsana Mall, Johor Bahru (21 September 2019) dan di Aman Sentral, Alor Setar pada 28 September 2019.

Jadi, anda boleh lah save the date kawasan anda untuk anda turut sertai dalam Karisma Jelajah Suria ini nanti. Banyak aktiviti tu, rugi jika anda lepaskan peluang berhibur di hujung minggu seperti ini.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Suria, Facebook, Instagram dan Twitter SuriaFMMalaysia.