fbpx

Pagi tadi, dunia dikejutkan dengan pemergiaan adik Rayan Awram selepas lima hari terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya.

Berita tersebut memberi kesan mendalam buat satu dunia termasuk selebriti popular Neelofa yang berkongsikan perasaan sedih dengan kejadian itu.

BACA: Neelofa Kongsi Foto Bilik Anak, Netizen Teruja Nak Tengok Wajah Bilal

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata sebagai ibu yang melahirkan cahaya mata merasai kesedihan bagaimana perasaan kehilangan seorang anak.

“Sebagai seorang yang baru merasai menjadi ibu juga kepada anak lelaki, berita ini betul-betul beri kesan kepada saya sepanjang hari semalam.

“Jadi sekali kepala melihat posting tentang Rayan. Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menitipkan doa buat arwah dan keluarga supaya kuat melalui dugaan dan ketentuan Allah.

Sejak Selasa lalu, berita adik Rayan yang terjatuh di perigi sedalam 32 meter mendapat liputan seluruh dunia. Rayan dilaporkan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawa keluar dari lubang perigi.