fbpx

Neelofa Kongsi Foto Bilik Anak, Netizen Teruja Nak Tengok Wajah Bilal

Selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu, selebriti popular Neelofa akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Menerusi Insta Story, Neelofa sempat memuat naik beberapa foto bersedia untuk pulang ke rumah dan foto bilik anaknya yang dilihat dengan tema serba putih.

BACA: Neelofa Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Pilih Nama Muhammad Bilal

Gambar itu turut dikongsikan semula oleh akaun rasmi @lofa.page. Rata-rata netizen teruja melihat foto berkenaan dan tidak sabar untuk menatap wajah Muhammad Bilal.

Difahamkan, Neelofa dipercayai menjalani proses berpantang di rumahnya sendiri. Neelofa dilihat turut memuat naik foto memaklumkan sedang mengurut sambil ditemani putera kesayangannya, Bilal.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung lelaki diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.