fbpx

“Sebagai Ibu Saya Sentiasa Doakan Shuib Bertemu Wanita Yang Baik”

Baru-baru ini, perkongsian ibu Shuib Sepahtu iaitu Salamiah menjadi perhatian ramai apabila ada memuat naik video di TikTok bersama pelakon Wan Sharmila.

Menerusi foto itu, ibu Shuib dan pelakon itu dilihat begitu mesra sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen serta ada yang mendakwa aktres itu bakal menjadi menantunya.

BACA: Muat Naik Gambar Dengan Wan Sharmila, Ibu Shuib Bagi Hint?

Memetik Harian Metro, Salamiah tampil menjelaskan kehadiran Wan Sharmila hanya sebagai tetamu sahaja. Namun, Salamiah mengakui senang bersama aktres itu serta menyifatkan Wan Sharmila seorang yang lemah lembut.

“Soal jodoh Shuib biarlah dia yang tentukan. Saya enggan masuk campur sebab dia yang akan melalui kehidupan itu nanti.

“Namun, sebagai ibu saya sentiasa mendoakan agar dia bertemu wanita yang baik dan mampu menjaga seluruh keluarganya. Saya senang bersama Lala. Kami mudah mencipta keserasian dan orangnya sangat lemah-lembut,” katanya.

Menurut Salamiah lagi, dia tiada masalah untuk mendekatkan hubungan Wan Sharmila dengan anaknya namun keputusan terletak di tangan Shuib. Bagaimanapun, Salamiah juga mengakui masih terlalu awal untuk bercakap soal pengganti.

“Saya tahu Shuib melalui fasa yang sukar sepanjang setahun ini. Dia banyak menyendiri dan mencari kekuatan untuk melalui kehidupan. Sebagai ibu tentulah saya sedih jika melihat anak saya tidak gembira. Kami semua reda dan percaya arwah berada di tempat yang cukup indah di sana.

“Saya akui masih terlalu awal untuk berbicara soal pengganti, biarlah masa yang menentukan segalanya dan kita serahkan kepada takdir Ilahi. Biar dia yang pilih pilihan hatinya dan selepas itu bawa jumpa saya untuk kenal lebih mendalam,” katanya.