fbpx

Sebab Apa Anda Harus Jadi Macam Penduduk Marang?

Amboi-amboi suka betul penduduk Desa Permai Marang, Marang Terengganu ni yer. Mana taknya disebabkan kejayaan Pusat Internet merubah taraf hidup dan ekonomi mereka.

Disebabkan ini ada antara mereka dah jadi usahawan berjaya sebabnya Pusat Internet ni bantu kembang perniagaan mereka lepas mereka hadiri aktiviti yang dianjurkan di Pusat Internet tu. Wah…untungnya!

 

Berjaya Ubah Hidup Penduduk

Anda tengok Noraini Abdullah ni. Dia yang menyertai program di Pusat Internet ni berjaya mengubah ekonomi keluarga. Kalau dulu, sehari penjualan dalam RM100 jer tetapi selepas belajar tentang pengurusan wang dan data, penjualannya melonjak kepada RM400 lebih sehari. Wow! Dan yang paling best, dia dan berjaya membuka kedai Casava Cake. Gila kan?

Peserta lagi sorang ni, Nurniwati Abd Latiff pulak berjaya mengubah ekonomi keluarganya malah berjaya menggaji lagi 3 orang pekerja untuk membantu di kedai ABC dan goreng pisangnya. Semuanya selepas dia mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet ni lah. Wahh…masing-masing dah berjaya!

Sebenarnya terdapat 64 Pusat Internet di seluruh Terengganu. Dengan adanya Pusat Internet ni, dapat berikan kemudahan internet dan latihan percuma di seluruh penduduk Terengganu khususnya di kawasan-kawasan kurang liputan. Untung betul lah mereka kan?

Dan disebabkan Pusat Internet ini juga dapat membantu penduduk dalam pembelajaran dan bantu usahawan tradisional untuk tingkatkan pendapatan melalui internet. Percaya atau tak, projek ni dah berterusan dari 2004 hingga sekarang.

Bukan Tempat Lepak Minum Kopi

Kejap! Anda dah tahu belum pasal Pusat Internet ni? Meh sini teman nak kabo. Pusat Internet (PI) adalah projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ada 873 Pusat Internet di seluruh negara yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Di Marang ini ada 7 Pusat Internet yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Haa gini ceritanya…

Dan disebabkan projek ni, ia dapat merapatkan lagi jurang antara kawasan bandar dengan luar bandar. Mereka sediakan kemudahan di bukan kawasan utama. Kiranya memang mereka ni nak bantu penduduk luar bandar untuk rasai macam kawasan luar bandar jugak. So baru lah sama-sama naik.

 

Kalau anda nak tahu sehingga sekarang, Pusat Internet di Terengganu ni dah ada keahlian melebihi 57,000. Hebat kan? Yup ada lagi, lupa pulak nak bagitahu. Di Pusat Internet ni bukan sekadar ditubuhkan untuk saja-saja jer. Bukan tempat nak lepak macam kat kedai kopi tu. Ada banyak aktiviti yang mereka anjurkan.

Antaranya ada kelas atas talian, bengkel pemasaran digital dan pelbagai kelas ICT lain seperti list kat bawah ni

1. Pengenalan asas komputer
2. Asas internet
3. Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
4. Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
5. Latihan keusahawanan

Memang peluang macam ni tak dapat la kat mana-mana sebabnya ia adalah PERCUMA kepada semua pengguna yang mendaftar sebagai ahli. Gila awesome gais!

 

Ini jugak adalah salah satu usaha mereka untuk memperhebatkan lagi kemahiran digital rakyat Malaysia untuk memacu transformasi digital negara di samping tu jugak untuk tambah baik ekonomi kawasan luar bandar.

Kalau kat kawasan anda ada Pusat Internet ni jangan malu atau segan! Why not anda join jer kelas yang mereka anjurkan. Ada baiknya kan? Sambil-sambil tambah ilmu tu, sambil-sambil ambil peluang keeemasan depan mata. Tak rugi pun!