“Seandainya Perpisahan Terbaik Buat Kami, Saya Reda”
Sejak semalam, kecoh mengenai status rumah tangga Fizo Omar bersama isterinya, Mawar Karim. Malah, timbul dakwaan bahawa Mawar mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, Fizo memberitahu dia akui terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkata itu. Jelaskan lagi, dia masih menunggu perkembangan lanjut daripada pihak isterinya.
BACA: Rumah Tangga Fizo Omar Berantakan, Mawar Jumpa Peguam?
“Apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapatkan nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.
“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini saya masih menunggu perkembangan dan tindakan lanjut daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Fozi mengakui rumah tangganya kini berdepan dengan kemelut namun bukan berpunca daripada orang ketiga. Jelasnya lagi, apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.
“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.
“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
“Dalam pada itu, Fozi mengakui rumah tangganya kini berdepan dengan kemelut namun bukan berpunca daripada orang ketiga. Jelasnya lagi, apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.”
Fozi ke nama betul dia? Haha
Yup.baru tukar td.rotikaya ni bengong.sesuka tukar nama org.
adakah fozi buat hal?
Mesti bergaduh pasal tudong dah tak laku..dah sendu..makanan di restoran fizo mawar dah tak sedap..hot burger dah ranap…bila bercerai akan up nama balik..stesen tv lumba2 nak bg job sbb kesian.terok industri seni melayu.kayu2 takpe asalkan bnyk cerita sensasi yg bodo2 utk naikan rating tv..mcm sapik kyle lepas isu melancap depan gay boy..trus dpt anugerah..sape2 nak jadi artis kena susun kontrobesi jer bkn susun strategi perbaikan mutu lakonan atau nyanyian yea..
Tudung tu dulu style. Skrg dh byk competitor.
Mesti bergaduh pasal tudong dah tak laku..dah sendu..makanan di restoran fizo mawar dah tak sedap..hot burger dah ranap…bila bercerai akan up nama balik..stesen tv lumba2 nak bg job sbb kesian.terok industri seni melayu.kayu2 takpe asalkan bnyk cerita sensasi yg bodo2 utk naikan rating tv..mcm sapik kyle lepas isu melancap depan gay boy..trus dpt anugerah..sape2 nak jadi artis kena susun kontrobesi jer bkn susun strategi perbaikan mutu lakonan atau nyanyian yea..
Pelik no retis Msia ni kwin jek nk cerai berai? Nape mudah sngt nk kwin dan lps tu lbh mudah plak nk bercerai berai?! Aku sngt x fhm, org lain pun ada masalah rumahtangga jugak tp xde laa mudah sngt nk bercerai berai! Mcm main2 jek kawin ni!
X pelik sis. Kau jmpa sorang dua tau manusia je dlm 24 jam. Mereka hidup di depan public. Kemungkinan utk konflik lebih tinggi. Kne byk sabar dan kuat hati sis nk jd public figure ni.
Kesian pd maryam. Kecil lg dah kena merasa kedua ibubapa berpisah. Sblm nk cerai berai tu, fikirlah apa akan jd pd nasib anak yg akan dibesarkan drpd keluarga yg berpecah. Timbang tara semua benda demi anak sblm nk cri jalan mudah wahai Fizo & Mawar.