Sebut saja nama Scha Elinnea, pasti ramai tahu pelakon berusia 23 tahun itu sering menjadi perhatian ramai gara-gara penampilannya yang terlalu seksi.

Terbaru, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar memakai skirt pendek bersama tube berwarna nude dengan kapsyen, ”New Chapter”.


BACA: Nak Wujud ‘Chemistry’, Scha Elinnea Panggil Hisyam Hamid ‘Baby’ Di Set Penggambaran

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila mata mereka lebih tertumpu pada tatu di bahagian lengan dan perutnya.

Diruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pelakon Isteri Bukan Bidaan itu serta mengatakan Scha kini semakin daring dan lebih seksi. Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan status agamanya susulan tatu di badannya itu. 


Terdahulu, Scha pernah dikecam gara-gara memuat naik foto bertatu, bagaimanapun dia menjelaskan tatu tersebut hanyalah tatu palsu yang dibeli secara online.

“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun.

“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu,” katanya.