fbpx

Drama berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan kini menjadi bualan ramai dan ramai memuji keserasian pelakon Hisyam Hamid dan Scha Elinnea.

Memetik mStar Online, Hisyam berkata dia yang meminta Scha untuk memanggilnya ‘baby’ atau ‘b’ ketika di set penggambaran untuk mewujudkan keserasian mereka.

BACA: Babak Dukung Scha Elinnea, Hisyam Hamid Akui Tak Dapat Elak

Hisyam perkata ianya hanya dilakukan di dalam set penggambaran sahaja dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.

“Saya sendiri yang suruh Scha panggil B atau Baby ketika berada di set penggambaran sebab nak wujudkan keserasian supaya kalau penonton tengok, panggilan itu kedengaran ‘natural’.

“Tapi, panggilan itu bukanlah sebab saya nak menggatal dengan dia. Kami memang rapat di set, dah selalu berkongsi masalah… tapi semua itu bertujuan untuk dapatkan keserasian.

“Isteri saya pun tahu perkara itu. Cuma di luar set, tak ada la Scha nak panggil saya dengan panggilan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Hisyam berkata babak mesra bersama Scha dalam drama tersebut dianggap tidaklah keterlaluan kerana dia berlakon mengikut kesesuaian.

“Sebagai pelakon, ada babak yang kita rasa okay, kita buat la. Tapi kalau babak yang keterlaluan itu sudah tentu saya tidak akan lakukan.

“Bergantung juga kepada pengarah yang mana babak sesuai atau tidak. Sebab saya tahu, babak mesra itu sensitif, mungkin ada penonton suka dan benci.

“Saya akan lakonkan babak itu kesesuaian. Macam mana pun, tetap ada juga batasan, tak boleh keterlaluan,” katanya.