Scha Elinnea Sedih Sering Terpalit Isu Panas

Pelakon Scha Elinnea mengakui sedih dan terasa hati apabila namanya sering dilihat sinonim dengan isu panas dan kontroversi.

Memerik mStar Online, Scha berkata dia belum sempat membuktikan kredibiliti dirinya sebagai pelakon serta menjelaskan tuduhan dilemparkan terhadapnya tidak benar.

BACA: “Takkan Nak Bagi Ibu Bapa Duit Haram” – Scha Elinnea Nafi Dibela

“Apabila orang bercakap buruk, sudah tentu terasa hati. Namun saya ambil perkara itu sebagai sebab untuk terus berusaha sehingga berjaya dalam bidang ini,” katanya.

Sementara itu, Scha berkata dia tidak peduli tentang tanggapan netizen terhadap dirinya dan keluarganya sentiasa menjadi penguat semangat.

“Mereka boleh buat tanggapan atau cakap apasl saja yang mereka mahu. Tapi yang tahu perkara sebenar hanya diri saya dan keluarga jadi pemangkit semangat,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×