fbpx

Scha Alyahya Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 3.2 kg pada jam 9.15 pagi tadi.

Berita gembira itu diumumkan oleh Awal dan Scha menerusi Instagram mereka masing-masing sebentar tadi. Awal dan Scha turut berkongsikan foto berada di hospital bersama cahata mata kedua mereka.

BACA: Scha Alyahya, Awal Ashaari Kekalkan Nama L & A Untuk Anak Kedua

Menerusi perkongsian itu, pasangan itu turut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran anak keduanya itu, seeta berterima kasih pada mereka yang mendoakan keluarga mereka.

Dalam pada itu, Awal dan Scha memohon maaf kerana tidak dapat menerima kunjungan disebabkan SOP yang ditetapkan.

“Kami bersyukur di atas amanat ini, dan berterima kasih di atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari, dan insya-Allah, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak,” tulis mereka.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada Mei 2012. Pasangan itu dikurniakan seorang puteri bernama, Lara Alana.