Scha Alyahya Mengaku Salah Pakai Skirt Pendek
Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai pelakon Scha Alyahya yang ditegur oleh netizen yang kurang senang dengan pakaiannya yang mengenakan dress terlalu senteng.
Memetik mStar Online, Scha memohon maaf kepada mereka yang tersinggung melihat penampilkannya itu serta terbuka hati menerima teguran.
BACA: Pakai Dress Terlalu Senteng, Scha Alyahya Ditegur Netizen
“Saya tidak mudah dicuit, benda yang saya buat tu saya rasa salah saya akan mengaku. Kalau bagi saya benda tu mengarut saya akan buat tak tahu sebab at the end of the day benda itu bagi saya tak menggangu saya.
“Saya pun dah lama dalam industri jadi saya tahu apa yang patut buat apa yang tidak patut buat,” katanya.
Dalam pada itu, Scha berkata dia enggan memanjangkan isu tersebut kerana baginya jika sudah membuat kesilapan lebih baik mengaku sahaja serta perbaiki ke arah lebih baik.
“Kalau buat salah dan sebagainya tak perlu kita nak mancabar atau nak membalas. Saya mengambil kesempatan untuk meminta maaf.
“Kita sebagai orang yang mengaku itu jangan ulangi kesilapan tersebut dan jangan nak menegakkan benang yang basah dan jangan menidakkan benda yang salah,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
bukan minta maaf pada manusia bila kau dedah aurat. tapi bertaubat dan minta ampun pada Allah. ramai manusia buat dosa minta maaf pada manusia, apo..
ayat playsafe..huhu’
awak dh berumur..malu la dekat artis yg muda2 tp menutup aurat sepenuhnye..mcm lisa surihani, izara aisyah, dll
Mungkin dia x tau dosa tu bole heret suami ke neraka..masuklah tazkirah Neelofa …
Dah 39 tahun pun awak Scha…takkan ler x blh nak pikir penampilan yg sesuai utk diri awak…
Pasannn ingt muda lgi?! Dh bau TANAHH nko tau??
May ALLAH give you hidayah to be a better Muslim. “Death can come at anytime. It doesn’t matter you are healthy or wealthy”.-Mufti Menk