fbpx

Scha Alyahya Kurang Berbual Dengan Awal Ashaari Lepas Lahirkan Anak Kedua

Sejak menimang cahaya mata kedua, Lyla Amina pada Februari lalu, pelakon Scha Alyahya mengakui jarang dapat meluangkan masa bersama suaminya, Awal Ashaari.

Malah, Scha berkata dia kurang berbual dengan suaminya disebabkan sibuk menjaga anak serta tuntutan kerja.

BACA: “Jangan Siasat Saya & Scha, Kami Buka Mask Masa Bergambar Je”

“Saya selalu cakap dengan Awal yang kami dah kurang masa untuk berborak, kalau dulu ada sahaja masa nak duduk berbual.

“Sekarang memang saya akui masa itu dah kurang sebab bila dah kerja di luar dan apabila pulang ke rumah pula sambung kerja dengan anak-anak.

“Penat memanglah penat tapi saya gembira walaupun perkara itu mencabar tapi ia sangat memuaskan (bergelar ibu kepada dua cahaya mata),” katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata dia terpaksa menolak tawaran kerja yang mengambil jangka masa panjang memandangkan anak kecilnya baru berusia dua bulan.

“Saya memang dah perlahankan kerjaya seni sejak mengandung lagi, dah sembilan bulan tidak berapa aktif.

“Kalau ada tawaran kerja menuntut komitmen masa yang tinggi atau perlukan saya keluar rumah untuk jangka masa panjang memang saya akan fikir dahulu,” katanya.