“Jangan Siasat Saya & Scha, Kami Buka Mask Masa Bergambar Je”
Meskipun sudah empat hari berlalu, masih hangat diperkatakan mengenai majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Bimbang disiasat polis bagi memberi keterangan berhubung majlis itu, pengacara Awal Ashaari memuat naik perkongsian berharap agar dia dan isterinya, Scha Alyahya tidak disiasat atas dakwaan melanggar SOP.
BACA: Neelofa Hantar Pembantu Peribadi Ke IPD Dang Wangi
Menerusi entri itu, Awal berkata dia dan Scha membuka pelitup muka ketika makan dan bergambar bersama pengantin sahaja.
“Jangan siasat saya dan bunga saya (Scha). Kami pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika nak ambil gambar dan makan. Kami tak ada langsir seperti pengantin,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu, Awal berkongsikan gambar bersama pasangan pengantin serta mengucapkan selamat pengantin baru buat Neelofa dan PU Riz.
“Dalam jutaan bunga di belakang itu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi dan paling berseri-seri. Satu bunga saya dah petik, satu lagi disunting Haris.
“Lelaki lain bolehlah ambil bau bunga bunga lain yang masih banyak tu. Selamat pengantin baru Neelofa dan Haris,” tulisnya.
- SUMBER
- Harian Metro
Terang2 kawin tak ikot SOP nk bukak kertas apa lagi? Kompuan la terus! X scan boleh pulak teros angkot. Pftt.
Depa ni special treatment sbb depa vvip, kluster kayangan, penunggang agama lg jd kes depa kena siasat ikut level depa…
SOP sama je utk semua keadaan. Sah takder social distancing. Ada org paksa bergambar sakan?
anak erra elok je bergambar pakai mask?owh tolong la saman xadil lgsg kalau lepaskan dorg ni..pck2 nk g msjid ko saman.majlis kawen artis sangkak kasi lepas.
Alaaa….si perogol bersiri dai tahik syed pon lepas mcm tu jer….walhal terang2 merogol..patutlah ponpuan skrg kalau kena rogol pakat jadi gila jer..buat report kang macai2 artis dan org dikenali cakap fitnah…org biasa..kalau kita ckp fitnah mana ade org nak caya.