fbpx

Scha al-Yahya Belajar Masak Di Youtube

Jujur dan tidak segan berkongsi pengalaman memasaknya, pelakon Scha al-Yahya menjelaskan bahawa dia banyak belajar memasak melalui Youtube. Malah ibu kepada Lara Alana ini juga mengakui dia mulai belajar memasak sejak empat tahun lalu – selepas dia berkahwin dengan Awal Ashaari.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

BACA: Scha al-Yahya Jadi Lebih Sabar Selepas Balik Umrah

“Kalau nak tahu sebelum berkahwin saya tak pandai langsung memasak. Nak menggoreng pun tak tahu! Pendek kata kalau saya cuba masak sesuatu masakan, semua tak menjadi. Jadi selepas berkahwin saya nekad untuk belajar”

“Bukan kerana memenuhi permintaan suami semata-mata, tetapi atas kesedaran sendiri. Lama-kelamaan ia menjadi rutin wajib saya. Memang pada mulanya agak sukar dan perlu mengambil sedikit masa, tetapi selepas banyak kali mencuba baru menjadi”

“Bagi saya menonton di YouTube lebih mudah berbanding melihat resipi. Bukan apa, resipi yang diberikan ibu banyak kepada cukup rasa, namun ia tetap membantu saya,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, Scha juga menyatakan bahawa ketam masak lemak merupakan makanan kegemaran Awal dan dia pasti akan meluangkan masa dalam seminggu untu memasak. (rtky/s)