fbpx

Kesihatan sangat penting untuk kita jaga terutamanya sekarang ni kita masih lagi ‘menerima’ kehadiran wabak pandemik yang entah bila nak hilang pun kita sendiri tak tahu. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira. Kalau tak sihat macam mana nak buat aktiviti harian kan?

Yang paling jelas sekali kesihatan mak dan ayah dan juga warga tua di rumah, sejauh mana anda sebagai orang muda dan anak mengambil berat tentang kesihatan mereka?

Kalau dulu masa anda masih kecil dan even sekarang pun, perkara utama yang dipentingkan oleh mak ayah dah tentu tentang kesihatan anak-anak kan? Tapi persoalannya sejauh mana anda ambil berat tentang kesihatan mereka pulak? Aha!

Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan mak ayah anda tidak penting? Jangan pandang remeh kalau tak nak orang yang anda sayang terlantar sakit.

Special Untuk 45+

Sebut pasal kesihatan ni, kami ada cara macam mana anda nak pastikan kesihatan mak dan ayah anda sentiasa terjaga.

Watsons ada buat promosi istimewa untuk ahli Watsons yang berusia 45 tahun ke atas tau! Anda akan dapat diskaun 10% untuk produk vitamin dan juga ubat-ubatan dispensari (Ubat yang dibeli di farmasi).

Yes, ekslusif untuk yang berumur 45 tahun ke atas sahaja! Mereka boleh nikmati diskaun sebanyak 10% untuk ubat atau barang dari farmasi dan juga diskaun 5% untuk vitamin dan juga suplemen. So anda boleh jer hadiahkan pada mak ayah anda. At least dengan amalkan vitamin dan suplemen, dapat mengekalkan kesihatan yang baik buat mereka!

Bagus tau vitamin dan suplemen ni untuk tubuh badan mereka. Suplemen ni penting untuk memulih dan memelihara kesihatan, dapat menyingkirkan toksik dalam badan dan meningkatkan kemampuan kadar penyembuhan penyakit.

Dan kalau anda nak tahu, banyak juga khasiat bila consume vitamin. Kalau untuk vitamin A untuk mendapatkan kulit yang sihat, vitamin C pula penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan. Sebenarnya banyak lagi khasiat vitamin dan suplemen ni. Sebab tu penting untuk mereka amalkan dan jadikan rutin harian.

Perkhidmatan Percuma

Untuk info anda Watsons bertujuan untuk memberi nasihat yang tepat mengenai penjagaan kesihatan dan penggunaan ubat dan alat yang selamat untuk anda tau. Dan disebabkan ini juga, ada faedah tambahan yang diberikan untuk anda iaitu konsultasi kesihatan secara percuma daripada ahli farmasi Watsons. Khas untuk anda!

Ianya termasuklah perkhidmatan bacaan tahap tekanan darah anda, kesihatan dan ukuran berat badan, serta glukosa darah. Ahli farmasi Watsons turut diperakui untuk membantu perokok berhenti merokok.

Bukan itu jer, anda juga boleh meminta pandangan ahli farmasi tentang rawatan keguguran rambut dan pengurusan kontraseptif.

Tambah menarik, anda juga boleh meminta ahli farmasi untuk menunjukkan kepada anda cara menggunakan alat perubatan tertentu supaya mudah untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan di rumah jika perlu.

Oleh itu, jika anda memerlukan nasihat, Watsons adalah salah satu institusi kesihatan yang boleh membantu anda untuk menangani masalah kesihatan anda. Dan guess what? Ianya adalah PERCUMA!

Mudahnya Dengan Doc2Us!

Jap ada lagi! Kalau anda memerlukan preskripsi doktor untuk ubat-ubatan anda, jangan risau DOC2US akan membantu anda dengan beberapa langkah mudah!

Doc2Us adalah aplikasi atau pun personal pocket doctor anda! Dalam apps ni akan ada doktor yang berikan consultant secara berpanjangan kepada anda. Hanya di hujung jari jer. Pilih jer mana doktor yang anda mahu, then mereka akan yang akan membantu anda. Nice kan?

Anda boleh check out kat bawah ni macam mana caranya.

Dengan preskripsi yang dihasilkan, anda boleh mendapatkan ubat anda dari ahli farmasi Watsons dengan mudah dan cepat. Senang sangat gais. Dah tak perlu blur-blur dah di situ.

Ini adalah cara yang paling mudah dan senang untuk anda ambil ubat secara long term dengan bantuan pharmacist. Tak perlu malu-malu dan takut-takut. Isikan ubat jangka masa panjang anda dalam beberapa minit di Watsons terdekat anda. Lepasni masuk jer Watsons tu dan anda boleh terus ke kaunter pharmacist untuk mendapatkan nasihat dari mereka okay!

Anda boleh check out pharmacist store list DI SINI!

Jadi, anda kena bagitahu rakan-rakan anda dan ahli keluarga tentang promosi ni. Peluang hanya datang sekali! Lets!