fbpx

“Saya Tidak Mengandung Itu Hanya Lemak”

Penyanyi Adira menafikan yang dirinya kini sedang hamil anak yang ke-4. Perkara ini tercetus apabila tubuh badannya dikatakan sedikit berisi terutama di bahagian perut ketika bersaing pada minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 34 pada 22 November lalu.

BACA: Netizen Gembira Adira Kongsi Foto Suami & Anak

“Eh, saya tidak mengandung, itu hanya lemak. Sejujurnya, saya sedang dalam proses menurunkan berat badan selepas melahirkan Anggun, Ogos lalu.

“Saya akui ia bukan satu proses yang mudah untuk dapatkan kembali berat badan ideal mungkin sebab saya melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini semuanya melalui pembedahan,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran program My Buskers yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang kelmarin.

Dalam pada itu, Adira juga berkata kehidupannya sekarang semakin baik dan positif.

“Semuanya okay, Alhamdulillah. Sekarang saya tak nak beri kenyataan mengenai hal peribadi sebaliknya hanya mahu memberikan fokus kepada kerjaya seni sahaja, terima kasih,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)