fbpx

Netizen Gembira Adira Kongsi Foto Suami & Anak

Terdahulu, kemelut rumah tangga Adira Suhaimi dan Dato Red terus diperkatakan apabila penyanyi itu menfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu. Malah, Adira turut menegaskan nekad untuk meneruskan perceraian.

Nampaknya rumah tangga Adira Suhaimi kembali pulih apabila penyanyi itu memuat naik foto suaminya, Dato Red bersama anak ketiga mereka, Anggun. Foto itu sekaligus menjawab segala spekulasi sebelum ini bahawa Adira menarik balik permohonan cerai.

BACA: Dato Red Syukur Adira Tarik Balik Permohonan Cerai

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira melihat hubungan pasangan itu sudah kembali pulih sedia kala. Malah ramai yang mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.

Menerusi perkongsian itu juga, Adira turut mengucapkan terima kasih kepada netizen dan peminatnya kerana sentiasa mendoakan mereka.

Semoga kasih sayang mereka kekal utuh dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke Jannah. Seperti kata ungkapan, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.