fbpx

“Saya Tidak Akan Padam Gambar ‘Lambung’ Itu”

Baru-baru ini, foto yang dimuat naik Fasha Sandha di akaun Instagram menunjukkan sedang ‘didukung’ oleh Aidil Aziz mencetuskan kontroversi dan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya itu dengan mengatakan mereka baru saja bertunang tetapi bergambar seperti pasangan suami isteri. Tidak kurang juga ramai yang meminta agar Fasha memadam gambar tersebut.

BACA: “Hanya Allah Yang Tentukan Halal Haram, Bukan Manusia”

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, bagaimanapun Fasha memberitahu dia tidak akan memadam gambar berkenaan atas dasar kerja.

“No komen. Itu jawapan saya terhadap gambar ‘lambung’ itu. Saya juga tidak akan padam gambar berkenaan kerana itu adalah sebahagian daripada kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, gambar tersebut dikecam teruk oleh netizen yang mendakwa tindakan Fasha itu memberikan contoh yang tidak baik terutama kepada anak-anak. Namun, ada segelintir netizen memberikan teguran secara baik dengan menasihati Fasha agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.

Selepas berteka teki dengan para peminat dan media, Fasha Sandha akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aidil Aziz pada 18 November tahun lalu.