fbpx

“Saya Tiada Apa Hubungan Dengan Aeril Zafrel”

Walaupun pernah menafikan akan bercerai dengan suaminya, Aeril Zafrel, namun pergolakan rumah tangga Wawa Zainal masih hangat diperkatakan umum. Tidak mahu terus menimbulkan fitnah, Ummi Nazeera tampil menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin bersama Aeril hanyalah sebagai kawan rapat, sekaligus menafikan dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta.

BACA: Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini

“Sejujurnya, tiada apa yang berlaku diantara saya dan Aeril, Wawa juga sangat baik dan profesional. Saya harap semua orang tidak membesarkan perkara ini dan membuat spekulasi”

“Saya sudah ada orang lain, jadi perlu menjaga hati pelbagai pihak. Tidak semua persahabatan berakhir dengan percintaan, kadang-kadang ia terjalin kerana pekerjaan dan itu yang terjadi antara saya dan Ariel. Terima kasih kerana memahami,” jelasnya kepada Kosmo Online.

Dalam masa yang sama, Ummi dalam satu laporan akhbar mengakui dirinya kini sedang mengenali seseorang. Malah hubungan beliau dengan lelaki terbabit juga masih bahagia walaupun timbul gosip percintaan diantara dirinya dan Aeril. Biarpun masih berahsia tentang identiti kekasih, difahamkan kedua belah keluarga sudah mengetahui hubungan cinta tersebut.

Terdahulu, Wawa dikatakan cemburu melihat lakonan diantara suaminya dan Ummi dalam sebuah drama yang hangat ditayangkan kini. Malah dek kerana pergolakan rumah tangga mereka, Aeril membawa keluarga bercuti di luar negara bagi meleraikan kekusutan. Bagaimanapun, Wawa menafikan perkara berkenaan dan menegaskan perkahwinan beliau masih baik. (rkty/w)