“Saya Terjebak Dengan Dadah Sejak Sekolah, Semua Jenis Saya Dah Cuba”
Umum mengetahui, penyanyi popular Zamani sudah bertahun menderita sakit tulang belakang melengkung atau dikenali sebagai Skoliosis.
Menerusi satu rancangan temu bual, Rumah No.107 Zamani mendedahkan sudah terjebak dengan dadah sejak sekolah lagi dan penyakit tulang belakangnya itu juga berpunca daripada dadah.
BACA: Sakit Tulang Belakang Makin Merosot, Zamani Bergerak Naik Skuter 3 Roda
“Saya terus terang cakap.. Saya terjerumus dengan dadah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah,” katanya.
Menurut Zamani, jika dapat diundurkan masa kembali dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah memalukan nama keluarga sedangkan dia telah di didik dengan baik.
“Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup.. saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.
“Saya rosakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni. Mereka dah didik saya dengan baik tapi saya yang tersasar,” katanya.
Pada Mac lalu, Zamani berkata dia terpaksa menghentikan rawatan kerana masalah kewangan serta lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.
- SUMBER
- Astro Gempak
Kesian awak tak bernasib baik utk didampingi orang yang baik. Alhamdulillah dah sedar. Kita semua tanpa kecuali adalah dalam proses memperbaiki diri hari demi hari.
X penah dengar lg kes org dah tua baru nk cuba2 belajar hisap dadah. Semua org hisap dadah pada usia remaja sekolah atau remaja lps sekolah! Sbb jiwa org muda ni mmg suka mencuba, meneroka benda2 baru. Lg org tegah atau larang lg laa mrk mau Cuba! Org2 tua semua dah selesa dgn zon masing2 satu dlm puluh ribu laa kalau ada kes org dah tua baru nk belajar hisap rokok, hisap ganja, hisap gam, hisap syabu..
Abih abg Parid camil tu ambik mase time remaje Sekolah juga ker?
Sapa pun yg bg alasan konon dia hisap dadah lps bercerai, lps meniaga dia bermasalah atau lps popular jd pelakon ke atau apa jugak alasan diorg yg sebenarnya diorg menipu. Org hisap dadah ni mmg menipu tu adalah tabiat dia. Mesti dia masa dia remaja dia dah curi2 hisap ganja, hisap syabu, minum ubat batuk, ketum, mkn pil etc. Sekurang2nya mesti dia dah test 2 atau 3 jenis dadah sejak muda remaja lg!
Betul tu kalau awak x pernah berjudi awak xkan tiba2 nk jd kaki judi, kalau awak x pernah minum arak mmg xtau minum arak, kalau awak x pernah merempit mmg x reti nk jd mat/minah rempit. Jd dia kena cuba benda2 ni masa dia muda paling lewat mungkin awal atau pertengahan 20an. X mungkin dia umur 30 lbh baru nk belajar minum air kopi perisa ganja atau candu. Dah tua2 baru nk cuba mmg malu laa jd bahan kwn2. Sdgkan org2 steamers ni semua akan berlawan2 nk tnjk handal sapa paling kuat hisap tp masih rilek jek kekal steady x tumbang atau overdose.
Ya..setuju gak komen2 di atas ni. Tapi aku pelik kdg ..byk juga bini2 si kaki lalok ni.. bole jee telan idup bersama..setia pd laki dorang.. retis pun byk aku tgok mcm tu.
Tp hakikat sbnrnya dlm umah x tau la
Jgn salah pilih kawan..tu je nk bgtau..
sy minat abg zamani dari zmn remaja lagi, siap beli kaset & vcd masa zmn tu gara2 minat giler…lagunye smpai skrg masih sdp didengar…arwah suami pun masa muda selalu kata muka dia ada iras zamani…memori sungguhh…Moga abg zamani sentiasa Dipermudahkan urusan selalu
sian zamani
Aku x penah terdetik dlm fikiran pn nak hisap dadah .. Semua ats diri masing²..Setakat ni rokok dgn ketum je
So dah jelas bukan Tok Ti penyebabnya.
Putus dgn tok ti sbb dia ambik dadah la..fmly tok ti rejek
Padahal dia mmg tgh top masa tu
Aku pernah je terfikir kenapa zamani kena rejek
Nak kata artis, xde masa depan, ank nya sendiri artis..xkan nak simpan dlm almari kan..mesti nak dikhwn kan..
Skrg jelas la, dadah bawa padah