fbpx

“Saya Temui Semula Diri Yang Dulu, Saya Tak Gila”

Akhir tahun lalu, banyak kontroversi melanda pelakon Iqram Dinzly. Kelakuan Iqram menjadi perhatian ramai apabila dia beraksi lucah, menari, bermain senjata tajam dan macam-macam lagi ketika live video di Instagram.

Kelakuannya itu mencetuskan kecaman netizen, malah ada diantara mereka beranggapan pelakon itu sudah tidak waras dan mengalami tekanan selepas kematian bapanya.

BACA: Iqram Dinzly Mohon Maaf

Namun baru-baru ini, Iqram Dinzly memberitahu pada 10 malam terakhir Ramadan lalu, dia menemui dengan dirinya yang sebenar dan kembali hidup seperti manusia normal.

“Alhamdulillah, saya temui semula diri yang dahulu dan kembali menjalani hidup seperti manusia normal lain. Saya tidak gila, cuma bersikap gila -gila. Alhamdulillah, semuanya sudah kembali seperti asal dan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan lalu,” katanya kepada BH Online.

Menurut Iqram lagi, dia mengakui amat merindui untuk kembali beraksi dan berlakon semula, namun tiada tawaran diberikan kerana kisahnya sebelum ini.

“Saya tahu, peminat turut merindui lakonan saya. Tetapi, apa yang berlaku dahulu membuatkan ramai menyangka saya sudah tidak waras menyebabkan peluang berlakon turut menjauh. Ada rezeki saya mahu berlakon semula,” katanya.