fbpx

“Saya Takkan Paksa Orang Untuk Stay, Let Him Go” – Janna Nick

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dalam satu video statusnya kini single sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungannya dengan Dini Schatzmann.

Memetik Harian Metro, menerusi temu bual Melodi, Janna berkata dia memang berdepan fasa patah hati dan kecewa sehingga menyepikan diri hampir sebulan. Katanya lagi, dia sedar bahawa bahagia yang dicari tidak semestinya akan dimiliki.

BACA: Janna Nick Dikecam Baring Atas Katil, Berpelukan Dengan Lelaki

“Saya sedar sebesar mana orang itu sayang, dia tak mungkin kekal selamanya. Itu bahagian paling sulit. Kena sedar dalam sini (hati), bahagia dan rasa sayang macam mana pun, orang datang dan pergi.

“Kita tak boleh miliki hati mereka kalau mereka pilih untuk pergi. Lepaskan. Saya pun takkan paksa orang untuk kekal. Saya tahu harga diri, saya berdikari.

“Memang sedih orang yang pernah kita sayang, ada dalam hidup kita, lalui fasa-fasa bahagia akhirnya pergi. Tapi, takkan sebab dia pergi kita kena terus benci dia,” katanya.

Janna berkata dia tidak pernah menafikan atau mengiyakan mengenai soal cintanya yang hangat diperkatakan ramai serta memohon maaf kepada peminat yang merasakan luahan sedihnya dikatakan cuba memainkan perasaan ramai.

“Daripada awal, saya tak pernah cakap apa-apa (berkaitan masalah cinta). Hanya kerana tajuk-tajuk berita yang tulis begitu, saya putus cinta, kecewa, mereka iyakan serta buat spekulasi.

“Kemudian sendiri jadi kecewa dan sedih. Saya minta maaflah. Tapi, takkan semua hal saya nak kena kongsi dengan semua orang. Sumpah, saya pernah melalui fasa itu (kecewa dalam cinta),” katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata masih berkawan dengan Dini apatah lagi aktor itu merupakan rakan niaga dalam sebuah syarikat mereka. 

“Saya pun tak salahkan kalau ada yang buat spekulasi. Saya tak marah langsung. Malah, soal masih keluar bersama Dini, kami tetap saja berkawan lagi dan dia pun ‘partner’ (rakan niaga) dalam syarikat kami,” katanya.