fbpx

Janna Nick Dikecam Baring Atas Katil, Berpelukan Dengan Lelaki

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Janna Nick mendedahkan dalam satu video statusnya kini single sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungannya dengan Dini Schatzmann.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat ianya hanya gimik sahaja. Baru-baru ini, Janna ada memuat naik foto di laman Instagramnya serta memaklumkan muzik video lagu terbarunya dilancarkan di YouTube.

BACA: Dini Schatzmann Tak Ambil Tahu Hal Janna Nick

Namun, apa yang menjadi bualan adalah foto yang dikongsikan Janna menjadi bualan memaparkan selebriti itu berbaring bersama lelaki di atas katil serta satu lagi gambar berpelukan dengan lelaki.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Seperti sudah dijangka, gambar dikongsi Janna itu dikecam oleh netizen menegur tindakannya itu seolah tidak tahu batas halal haram apatah lagi bukan suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Malah, ada netizen mengatakan zaman sekarang ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit. Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan sama ada ibunya tidak marahkah ambil gambar berpelukan seperti sedemikian.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih tengok artis sekarang yang menomalisasikan aksi berpelukan serta ada yang menasihati Janna supaya menjaga maruah diri.