“Saya Tak Tahu Hutang Apa Yang Nabil Ahmad Tuntut”
Baru baru ini kecoh apabila usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV) memaklumkan yang pengacara Gegar Vaganza 5 iaitu Nabil Ahmad tidak bertegur sapa dengan dirinya ketika berlangsung pentas akhir program tersebut.
Dan dalam video yang dikeluarkan semalam, Nabil Ahmad telah mendakwa semua itu sebagai fitnah selain menuntut bayaran hutang yang sudah dua tahun tertunggak.
“Saya rasa tak ada apa hutang pun dengan dia. Saya pun tak tahu projek apa yang dimaksudkan. Bila saya cakap dia dan Jihan tak tegur saya, tiba-tiba dia cakap saya ada hutang pula. Terkejut juga saya,” ujar DSV kepada media.
Nabil Ahmad dalam satu kenyataan tetap menegaskan yang DSV berhutang puluhan ribu ringgit terhadap dirinya dan fitnha yang dilemparkan semalam membuatkan beliau mahu menuntut hutang yang tertunggak itu.
“Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu”
“Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5″
“Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu,” ujar Nabil Ahmad. (rtky/m)
- SUMBER
- mStar Online
bila dh masing dh x perlukan satu sama lain..mulalah buka pekong msing2..Betullah dunia hiburan penuh dgn kemaksiatan hati..x pernah jujur dan gila glamour..peminat (x minat pun)memerhati setiap perangai mereka..sudah hilang malu dan akibat gila harta dunia
Janji tetap janji.
Walau musuh sekalipun jgn buka aib.
Gila..habis org yg terinaya sampai bila terlepas mcam tu jew!
Kalau Tok Vida ni aku percaya. Kuat propa dia. PHD dia pun entah mana dtg!
Ada satu tabiat org dia mmg tak acuh atau sengaja pura2 lupa ttng hutang, walaupun dh kaya tapi buat derk bila brjumpa, mcm xde hutang ..lahai..aku ada seorg paku karat ni dh jadi org ternama pun dh skrg ni…