Bertindak memadam video terpegang buah dada Nelydia Senrose di akaun Instagram, Daler Yusuf turut tampil memohon maaf diatas kecuaiannya terlepas pandang dengan sensitiviti terhadap kaum wanita. Jelasnya, tindakan itu dibuat dengan tidak sengaja kerana terkejut Nelydia menekan brek.

BACA: Dikecam Kerana Sentuh Dada Nelydia Senrose

“Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu. Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu. Memang tak sangka video yang saya muat naik pagi tadi menjadi viral dan menerima banyak kecaman”

“Niat saya kongsi di Instagram hanya untuk mempromosikan salah satu babak menarik dalam drama tersebut. Terus-terang saya sendiri tak sedar babak akhir dalam video tersebut ada insiden itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu,” katanya kepada m Star Online

Menyedari dirinya dikecam hebat kerana tindakan tidak sengajanya itu, Daler memadam video terbabit sebelum tampil memohon maaf kepada peminat. Elok juga Daler tampil menjelaskan perkara sebenar sebelum menerima bermacam lagi kecaman dari peminat.

Untuk pengetahuan, video yang dimuat naik Daler merupakan salah satu babak di dalam drama terbaru gandingan mereka yang bertajuk, Encik Suami Mat Salleh Celup yang sedang hangat ditayangkan. (rtky/w)