fbpx

Dikecam Kerana Sentuh Dada Nelydia Senrose

Gara-gara memuat naik video salah satu babak dari drama Encik Suami Mat Salleh Celup di Instagram, Daler Yusuf dikecam peminat apabila tangannya secara tidak sengaja terpegang buah dada Nelydia Senrose. Insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang membonceng motorsikal bersama.

Dalam video terbabit, Daler dan Nelydia menunggang motorsikal bersama dan secara tiba-tiba Nelydia menekan brek sehingga membuatkan Daler terkejut lalu terpegang dada pelakon itu. Tidak pasti pula sama ada Daler perasan atau pun tidak dengan tindakan refleksnya itu.

Bagaimanapun video itu mula menjadi viral apabila Daler memuat naik di akaun Instagram untuk mempromosikan drama itu. Ramai yang mempersoalkan pergaulan bebas diantara sesama selebriti hingga membuatkan kejadian seperti itu biasa dikalangan mereka.

Ada juga yang sanggup mengulang video terbabit berulang kali bagi memastikan insiden yang diperkatakan itu. Apapun mungkin Daler memang terkejut dan tidak sengaja terpegang. Malah video yang dimuat naik beliau juga sudah dipadam dari Instagram. (rtky/w)