fbpx

Peminat Gembira Tengok Mia Ahmad, Suami Pergi Bercuti

Susulan pergolakkan yang pernah melanda rumah tangga Mia Ahmad, peminat berasa lega melihat posting terbaru mereka sekeluarga sedang bercuti di Jepun, yang dimuat naik di Instagram Izham Tarmizi.

BACA: Mia Ahmad Tercabar Dengan Suami Namun Reda

Menerusi posting itu, Izham memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama anak tersayang, Sayf Issa yang kini sedang bercuti. Melihatkan gambar itu, peminat menyangkakan pasangan itu sudah pun berbaik.

Sebelum ini Mia pernah berkata, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangganya yang bergolak. Rata-rata di ruangan komen, ramai mendoakan pasangan itu kembali bahagia seperti dulu.

Terdahulu tindakan Mia memadam semua gambar suaminya di media sosial, seolah memberikan bayangan rumah tangganya sedang bermasalah. Bagaimanapun Izham pula menafikan dakwaan beliau curang dengan wanita lain.

Setiap masalah ada penyelesaiannya, jika boleh diselesaikan secara baik apa salahnya. Tumpang gembira melihat Mia kembali bahagia disisi suami tersayanag dan anak yang baru saja dilahirkan. (rtky/w)