Pelakon dan pengacara Elly Ariffin berkata dia terbuka menerima segala teguran dan nasihat yang diberikan berkenaan penampilannya.
Memetik Oh Bulan, Elly berkatadia tidak merasakan penampilannya mencolok mata seperti yang didakwa orang ramai.
BACA: Elly Arifin Dedah Pernah Diraba Pengamal Perubatan
“Seksi ke? Saya rasa macam okay je. Saya tak rasa saya seksi pun. Ia terpulang kepada individu yang menilai. Semua pendapat adalah subjektif,” katanya.
Sementara itu, Elly berkata dia tidak ambil hati dengan apa yang diperkatakan netizen sebaliknya mengucapkan terima kasih di atas teguran serta nasihat diberikan.
“Saya nak berterima kasih kepada mereka yang prihatin. Mereka yang berikan nasihat pun, saya sangat hargai.
“Apa sahaja yang kita kongsikan di laman sosial, pastinya ada teguran, sama ada negatif atau positif. Saya ambil semua komen sebagai pengajaran. Saya ambil perkara positif untuk kebaikan saya di masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, Elly manafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia lepas geram statusnya kembali solo. Katanya lagi, mungkin ramai tidak mengenalinya kerana penampilannya sama sahaja.
“Lepas geram selepas kembali solo? Pada saya, biasa je. Penampilan saya sama sahaja, sebelum solo atau selepas solo. Mungkin sebelum ini, ramai orang tidak mengenali saya ketika saya bertugas sebagai wartawan dan pengacara.
“Kini, rezeki saya lebih dalam bidang lakonan dan orang ramai semakin mengenali saya dan berkata sebegitu, sedangkan penampilan saya sama sahaja,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan