fbpx

Elly Arifin Dedah Pernah Diraba Pengamal Perubatan

Pengacara dan pelakon Elly Arifin mendedahkan pengalaman hitam apabila pernah menjadi mangsa gangguan seksual selepas dicabul oleh seorang pengamal perubatan yang bergelar ustaz.

Memetik Oh Bulan, Elly berkata kejadian itu berlaku dua tahun lalu dimana dia datang ke rumah ustaz tersebut seorang diri untuk tujuan berubat.

BACA: Bekas Suami Kahwin Dengan Dhabitah, Elly Pesan Kunci Rumah Tangga Adalah Sabar

Menurut Elly, ustaz tersebut adalah individu yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarganya dan tidak terfikir akan berlaku kejadian yang tidak elok.

Apa yang mengejutkan, Elly mendedahkan ustaz berkenaan bertindak meraba bahagian badannya dan bahagian bawah alat sulit ketika dia dalam keadaan separuh sedar.

“Mak suruh saya berjumpa dengan ustaz itu untuk tujuan berubat, macam nak pulihkan semangat sebenarnya. Ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar jadi memang takde ketat-ketat.

“Lepastu dah mula berubat saya minum air yang sudah dibaca ayat oleh ustaz itu, dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah alat sulit saya.

“Dia sentuh dah seluk kat bahagian dalam tanpa lapik, dia dah seluk dalam, 3 kali dia buat. Saya tak mampu untuk terus melawan, jadi saya terpaksa perlahan-lahan tolak dan mengelak,” katanya.

Dalam pada itu, Elly berkata ustaz berkenaan urut berpesan kepadanya untuk tidak bercerita kepada keluarga mengenai kejadian tersebut.

“Tapi sebelum saya balik, dia sempat dan banyak kali pesan kat saya jangan cerita dekat mak tentang cara perubatan dia. Sedangkan dia adalah ustaz yang dipercayai keluarga saya kenapa saya tak boleh cerita pula,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun itu berkata dia telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan ustaz itu mengaku bersalah.

“Saya buat laporan polis tiga hari selepas kejadian itu. Dia telah didakwa dan dia mengaku bersalah dekat mahkahmah. Dia juga sudah bayar denda. Jadi kes ini telah ditutup sebab dia tak nak panjangkan lagi isu ini.

“Saya simpan dendam sampai sekarang, tapi saya tak nak ingat dah sebab sampai sekarang masih trauma dengan kejadian itu. Setiap kali teringat saya akan menggigil tapi lama-lama saya cuba cari jalan untuk atasi perkara ini. Sebab itu saya nak sangat cerita dekat semua dan bagi awareness dekat korang,” katanya.