“Saya Tak Pernah Paksa Pun Orang Mengundi Saya”

Sejak tercalon sebagai Top 5 kategori Artis Komedi Popular, nama Bell Ngasri menjadi bualan apabila ramai yang memberikan sokongan buat pelakon itu.

Malah, semalam Bell mencipta kejutan apabila muncul antara 10 artis meraih undian tertinggi setakat ini saingan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

BACA: Bell Ngasri Antara Artis Terima Undian Tertinggi Di ABPBH35

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram, Bell berkata dia tidak pernah memaksa orang ramai untuk mengundinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

Menurutnya, ada peminat bertemu dengannya bertanyakan cara bagaimana untuk mengundi. Katanya lagi, dia menunjukkan cara sekali gus meraih undi daripada mereka yang mahu menyokongnya.

“Jangan salah paham..saya tak penah paksa pon org mengundi saya..saya tak tipu..tapi dah dorang tanya macamana nak mengundi, saya pon ajarla. Tak kan itu pon salah..saya tak paksa pon, jauh skali nak memaksa orang tapi saya terpaksa juga paksa dah dorang jumpa saya …. Apa aku ckp ni,” tulisnya.

Perkongsian Bell itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengatakan mereka telah pun mengundi pelakon itu sebagai tanda sokongan.

×