“Saya Tak Pernah Halang, Tapi Anak Tak Mahu Jumpa Sebab…”
Semalam hangat diperkatakan apabila bekas suami usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Mohd Amin Yasin menfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anak Cik B dan Kacak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Hanya mengetahui mengenai untutan bekas suaminya itu menerusi media, Vida berkata dia tidak menghalang dua anaknya itu untuk bertemu bapa mereka. Ujarnya, anak-anaknya yang tidak mahu berjumpa bapa mereka kerana takut.
BACA: Bekas Suami DSV Dakwa Dihalang Bertemu Cik B, Kacak
“Saya tak pernah halang, tapi mereka yang tak mahu berjumpa kerana takut. Buat masa ini, untuk keselamatan Cik B dan Kacak, lebih baiklah tak payah jumpa,” katanya kepada Harian Metro.
Enggan mengulas lanjut mengapa Cik B dan Kacak takut berjumpa bapa kandung mereka, Vida mendedahkan bekas suaminya ada menghubungi pembantu peribadinya untuk meminta wang.
“Saya tak mahu besarkan cerita, lebih baik saya diam saja. Selama ini pun, dia ada menghubungi pembantu peribadi saya meminta wang,” katanya.
Terdahulu, Mohd Amin mendakwa kali terakhir dia bertemu dua anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu hanya 15 minit sahaja.
Katanya, dia amat merindui dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.
- SUMBER
- Harian Metro
Huuurrmm….sejak anak muuu.. Jdi retis bru ler.. Nko sebok ekkk..dolu² mu tk erann!! Laa nie bru sebokk
Words are cheap in fact free..stakat ckp rindu and syg tp nafkah x bg, kasih syg n didikan x bg..dulu time susah tinggal anak2 lepas sgala tjwb kat ibu diaorg..bila dh senang baru la keluar ayat2 dihalang berjumpa, rindu la syg la tgk kat media sosial je la..bdk2 tu bkn kecik lg, there must be a reason napa diorg xnk jumpa ayah kandung diorg..i bkn fan dato vida but boleh nmpk betapa dia syg anak2 dia n anak2 dia syg n manja ngan dia.. Dh byk kita tgk kes2, time anak kecik, time miskin ayah tinggalkan mak terkontang- kanting besarkan anak2 sndiri..sorg mak jrg sgt akan tinggal anak susah mcm mana pun..bapak ni time isteri ada pun psg sana sini..susah sikit bercerai cari isteri baru..time tu x plak bwk ke mahkamah tuntut hak jumpa ke apa..sbb apa sbb time tu anak kecik2 susah nk jg mkn pakai semua.bila dh besar dh senang mula la rapat demand itu ini..klau vida halang skalipun, i sokong sbb dia dh susah payah besarkan anak2 sorg2 sdgkan yg bapak lepas tgn n tjwb..so Jantans, dah2 la..manusia mungkin x nmpk tp Allah nmpk segala sikap x bertjwb kamu..
Mak oiii muka anak dia dalam gambar tu, mati terus syahwat aku. Mintak tolong admin pixelate muka please.
Sejahat mana pun bapa dia, dia tetap ada hak pd anak2 dia. Hubungan anak2 xkan boleh putus sampai bila2. Waima kt akhirat pun nnt hubungan anak dan ibubapa tetap kekal x kira apa kesudahannya sama ada masuk syurga atau jd ahli neraka! Kalau pun dia x bg nafkah itu dosa dia tp memisahkan anak dgn bapa kandungnya adalah dosa besar. Cik B nnt nk kwin kena jumpa bapa dia juga utk jd wali.
kemurungan aku tgk gaya anak dia ni…agaknya betul la,money can buy u anything but money can’t buy u classiness
Budak dh besar dh blh fikir bapaknye cmneeee… yg kutuk cik b ni mesti miskin.. HAHAHAHA.. bior xlawa tp duit berkepuk xkacau org! Korg je sakit hati ngn appearance dia.. igt dia xleh kurus ke? Puih!
Ramai je plus size people yg nampak adorable and sweet kalau pandai pilih gaya dan pakaian. Duit berkepok kepok lantik seorang image consultant. Cik B pun budak biasa2 , dah jadi CEO sykt kan?