fbpx

“Saya Tak Pernah Berhenti Usaha Cari Isteri, Anak” – Farid Kamil

Pelakon Farid Kamil yakin masih ada sinar buat dia dan isteri, Diana Danielle mencari jalan pendamaian bagi selesaikan kemelut rumah tangga.

Memetik mStar Online, Farid gembira dapat bertemu dengan Diana dan akan berusaha selamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu.

BACA: “Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis” – Farid Kamil

“Saya gembira dapat jumpa dengan isteri saya hari ini. Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya.

“Saya dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk capai jalan pendamaian, memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali dan hidup normal sedia kala,” katanya.

Menurut Farid lagi, dia berharap rumah tangganya akan kembali seperti biasa serta tidak pernah berusaha berhenti mencari isteri dan anaknya berada.

“11 tahun kami sudah mengharungi pelbagai rintangan. Masih ada harapan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.

“Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi pada Ramadan ini banyak kekangan apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya sekarang,” katanya.