fbpx

“Saya Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” 

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam di Thailand.

Susulan gosip tersebut, Abby akhirnya tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai kontroversi anaknya itu. Abby berkata dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu itu.

BACA: Netizen Ucap Tahniah Kepada Abby Abadi Dapat Menantu

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby berkata dia tidak pernah bela atau menyokong anaknya itu sejak kontroversi tersebut tular. Kata Abby dia tidak pernah mengiyakan mengenai gosip pernikahan anaknya itu.

“Mana datang statement ni? Saya tak pernah mengiyakan tentang pernikahan di Thailand tu. Macam mana kata saya suruh mereka bercerai pula?

“Sebagai ibu, dari awal timbul isu ini, saya tak pernah bela dan menangkan anak saya. Kalau betul berlaku seperti yang digembar-gembur, Allah lah sebaik-baik tempat  mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya,” tulisnya.

Abby turut memuat naik laporan portal menulis dia dan Norman meminta anaknya untuk bercerai serta bertanyakan dari mana pihak tersebut mendapat kenyataan berkenaan.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Abby turut menegur segelintir pihak yang didakwa mereka cerita sedangkan dia tidak pernah dia tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan.