“Saya Tak Perlukan Lori, Baju Pelik Untuk Popular” – Zainal Abidin
Penyanyi Zainal Abidin menyindir sikap artis baru yang gemar mencari kontroversi demi meraih populariti.
Memetik Utusan Online, penyanyi berusia 62 tahun itu berkata sikap tersebut dilihat seperti terdesak untuk menjadi popular dalam industri muzik.
Menurutnya lagi, ada yang sanggup berpakaian pelik serta bertelanjang supaya dirinya mereka dipandang sedangkan cara yang betul adalah dengan mengasah bakat serta hasilkan produk yang bagus.
“Mereka ini terdesak hendak kejar likes, followers dan subscribers. Namun, apabila tak dapat semua itu mulalah rasa kecewa dan akhirnya kemurungan.
“Itu yang terpaksa naik lori dan pakai baju pelik. Ada pula yang sanggup buka baju dan bertelanjang supaya dipandang orang.
“Sebetulnya adalah asah bakat sebaiknya dan kejar untuk menghasilkan produk yang bagus, baru populariti dan kemewahan akan datang,” katanya.
Bekas vokalis Headwind itu berpendapat mana-mana artis yang mahu mengadakan konsert pertama mereka mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lagu hits.
“Bukan setakat satu lagu hits dan selebihnya nyanyi lagu orang lain. Bagaimana orang ramai mahu sanjung dan menghargai bakat anda, sedangkan sudah bayar tiket sampai mencecah ribuan ringgit?
“Anda mesti mempunyai minimum tujuh lagu hits untuk dinyanyikan dalam tempoh sejam persembahan. Semua peminat yang hadir tahu lagu tersebut dan mereka boleh menyanyikan bersama,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Yang aku tahu lagu dia Hijau je… lepas tu apa tah lagu “misteriiiiiiii….malam…..” lepas tu ost kartun apa tah .. “ku lihat… ” lupa tajuk apa…
so tak payah la beriya nak perli2 cara/strategi/usaha orang lain untuk berjaya.. respect aje lah..
Hijau tu lagu solo dia. Sebelum tu dia dgn headwind melambak lagu hits. Cari je la kat youtube sana. Awk ni lahir tahun bila la agaknya tak kenal kumpulan headwind ?
Dia ni dulu famous la walaupun aku bkn fan tp aku tau lagu dia. Dia lejen jugaklah kot tp x pasti ranking dgn awie atau amy search mcm mn la. Still dia otai la. Yg tau dia msti dh beruban la. Bdk2 skrg mungkin tahu dia sbb byk jugak lagu2 lama tersiar di media baru mcm tiktok
itulah quality penyanyi lama dan baru! contoh AA yg selalu keterlaluan memilih fesyen berlebihan sedangkan beserderhana mcm Dato’ CT. Tegas dalam pendirian tidak mahu bergambar dgn lelaki ketika mula didalam industri, tak perlu seksi seksa diri, kekal sopan sehingga skrg dan masih dinobatkan sebagai penyanyi No 1 negara!!!
Iz, dah memang lagu tu je yang aku tahu nak buat lagumana… hang jangan la marah aku… heheh…
Awak tu berbakat ..ada suara unik …..lain la dgn budak budak sunat laser ni ….