fbpx

“Saya Tak Percaya, Takut Hantar Anak Kepada Pengasuh”

Peristiwa yang menimpa keluarga kepada bayi lima bulan, Adam Rayqal yang ditemui mati di dalam sebuah peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya baru-baru ini ternyata memberi kesan kepada ibu bapa yang mempunyai cahaya mata yang masih kecil.

BACA: Isteri Persoal Ashraf Muslim Mahu Kahwin Tiga?

Pelakon Ashraf Muslim dalam masa yang sama turut mempunyai pandangan sendiri namun memahami keadaan yang dihadapi oleh ibu bapa yang bekerja selain menyatakan perkara yang terjadi juga adalah di atas ketentuan-Nya.

“Rasa geram dan marah apabila baca berita-berita bayi didera pengasuh, mujur anak-anak saya dijaga sendiri oleh isteri-isteri. Selain itu, keluarga mertua dan ahli keluarga banyak membantu jika kami ada urusan”

“Saya tidak percaya dan takut untuk hantar anak kepada pengasuh terutama yang tidak kenal. Tapi saya faham ada pasangan yang bekerja dan tiada pilihan lain,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Ashraf, ada baiknya juga jika pasangan yang ingin menghantar anak ke pengasuh agar memantau atau mengkaji terlebih dahulu latar belakang pengasuh.

Dalam perkembangan terbaru, Ashraf kini sedang sibuk membuat persiapan dalam menunggu kelahiran cahaya mata keempat pada September nanti selain turut menyatakan bahawa rumahtangganya ketika ini semakin bahagia. (rtky/s)