Penyanyi Ezlynn mengakui dia tidak cekap di dapur serta memberi keizinan kepada suaminya, Wan Mohd Hafizam untuk beristeri tiga.
Memetik Kosmo, Ezlynn berkata dia tidak pandai memasak serta mengatakan suaminya sememangnya layak untuk berkahwin lagi.
BACA: “Dia Nak Orang Indonesia Pula” – Ezlynn Izinkan Suami Cari Isteri Ketiga
“Saya tak pandai masak. Suami saya pandai. Dia yang akan masak untuk saya dan juga mengemas rumah. “Saya tak boleh buat kerja-kerja rumah kerana mempunyai masalah eczema.
“Bayangkan suami saya buat semuanya. Jadi dia memang layak untuk mempunyai isteri lebih daripada seorang,” katanya.
Sementara itu, Ezlynn mengakui tidak semua wanita mampu untuk hidup bermadu. Katanya lagi, jika wanita itu tidak mampu untuk berbuat demikian berterus terang pada suami.
“Poligami bukan untuk semua perempuan. Rasulullah SAW sendiri melarang anak baginda untuk berpoligami. Kesihatan mental sangat penting. Kalau anda boleh cakap boleh, kalau tak boleh berpoligami cakap tak boleh pada suami anda. Kalau tidak nanti anda boleh jadi gila. Akhirnya anda akan lakukan dosa,” katanya.
Dalam pada itu, Ezlynn juga tidak menghalang suaminya untuk berkahwin lagi kerana baginya kebahagian suami adalah segala-galanya.
“Dia ada luahkan hasrat untuk berkahwin lagi. Tetapi kali ini dia mahu berkahwin dengan perempuan dari Indonesia pula. Dia nak luaskan wilayahnya. Saya okey sahaja,” katanya.
SUMBER: Kosmo