fbpx

Penyanyi Ezlynn mendedahkan dia memberi keizinan buat suaminya, buat suaminya, Wan Mohd Hafizam untuk berkahwin kali ketiga. 

Menerusi temu bual bersama Kopi Planet, Ezlynn berkata suaminya meluahkan hasrat mahu mencari isteri dari negara jiran, Indonesia.

BACA: Bahagia Bermadu, Ezlynn Nak Cukupkan ‘Empat Kuota’

@kopiplanet

Penyanyi popular Ezlynn yang kini hidup bermadu sebagai isteri pertama mendedahkan suaminya ada luah hasrat untuk berkahwin lagi dan mahu memilih wanita Indonesia sebagai isteri ke-3… #fyp #foryourpage #foryoupage #ezlynn #penyanyi #popular #madu #artis #malaysia #gosip #kahwin #tiktok #tiktokmalaysia

? original sound – KopiPlanet.com – KopiPlanet.com

“Suami kata nak cari isteri lagi satu, kali ini dia nak orang Indonesia pula. Saya percaya suami saya, bila dia cakap tu memang betul dia nak.

“Tapi cuma Allah SWT izinkan atau tidak, itu terpulang. Kita hanya merancang. Saya memang beri keizinan,” katanya.

Sementara itu, Ezlynn memberitahu dia meminta agar suaminya ‘berbohong sunat’ jika itu dapat membahagiakan hati isteri.

“Saya kata ke dia (suami) untuk ‘bohong sunat’. Tipulah saya, cakap saya cantik walaupun saya buruk. Sebab ini dapat pahala kalau you ‘tipu’ untuk bahagiakan isteri,” katanya.